Selasa, 22 Julai 2008

sumber motivasi..

alhamdullilah.. dengan kebesaran allah..pada hari ini saya dapat mengumpulkan rm 9.00 hinggit di sek agama bandar kluang..... alhamdullilah sangat.. balik terus buat sujud syukur.. :-) itulah yang dinamakan rezeki daripada allah swt... target rm 50 hingit akan dikejar sebelum minggu ini...

kekadang saya terasa sedih gaks.. rm 9 hinggit jeks.. tapi bila mengenangkan usaha nabi muhammad mengembangkan dakwahnya lagi la dahsyat..selama 3 tahun dia melakukannya dengan bersembunyi dan selepas itu barulah dia buat terang terangan....... dan itulah sumber motivasi saya.... bagaimana untuk meningkatkan lagi keupayaan dan potensi diri hari demi hari.....

sebenarnya menjual ais krim ini menyeronokkan... sangat menyeronokkan.. selain daripada mendidik diri menjadi usahawan tegar dan berjaya kita juga dapat berkenalan dengan orang..... dan akhirnya ramailah kenalan yang dijumpai....

wosh..... jumpa lagi. di medan usahawan...

Isnin, 21 Julai 2008

cabaran minggu ini

pada kali ini saya mencabar untuk mendapat rm 50 dalam minggu ini...

alhamdullilah... allah sentiasa membantu orang2 yang berusaha dan berdoa kepada nya...

saya juga mencabar diri saya supaya membuat ais krim setiap hari bermula esok selasa sehingga jumaat dan menjualnya setiap hari.. x kira la ujan ataupun panas....... di sek agama bandar kluang setiap petang.... 6.30

Jumaat, 11 Julai 2008

perubahan

asalamualaikum... berjumpa kembali...salam usahawan kepada semua.. perjalanan masih jauh..tetapi tidak perlu ditangguh.. teruskan perjalanan wahai sahabatku.... memang benar.. untuk berjaya kita perlukan pengorbanan.... tetapi tidak kah seronok bila berjaya.....

salam kejayaan....

jutawan ais krim 2013

Selasa, 8 Julai 2008

kesudahan cabaran ke empat

alhamdullilah... perniagaan di pasar amat menguntungkan,..cuma kelemahan berlaku di tong saya.. saya mempunyai tong yang tidak dapat menampung kesejukan yang di perlukan..oleh yang demikian saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku........

Jumaat, 27 Jun 2008

cabaran keempat

hari ini.. ridhwan mohd yunus di cabar oleh diri nya untuk berniaga di pasar malam... wah,, boleh tak tido malam dibuatnya..

pasar malamnya terletak di sebuah bukit yang bernama bukit ayam.. kokkkokkkkkkk.. bukit ayam...

kalau mengiku stiuasinya.. ataupun keadaannya.. meniaga pada hari ini adalah bagus.. kerana semua orang dah gaji....... dan bagus untuk berniaga....

persediaan..
1)tong ais krim.
2)moto
3)plastik jagung...
4)sudu..

saya akan menjual dengan harga rm 1.00
target rm 50.00

ya allah.. hanya dengan pertolongon engkau sahaja... yang aku perlukan.. aminnnnnnn..

muhasabah diri..

al-hamdullilah.. tuan2 dan puan2.. bersyukur saya kehadrat ilahi kerana diberi masa dan ruang untuk menulis kembali di blog ini... kesudahan yang lalu saya ada menukilkan muhasabah diri dan perkara2 yang perlu saya lakukan untuk menarik perhatian murid2 yang berkamampuan membeli aiskrim yang dijual oleh saya...

ya.. pada hari semalam saya telah bertukar tempat meniaga..iaitu dihadapan sek agama gunung lambak...

saya bunyikan loceng dengan agak kuat...

keputusannya yang di perolehi amat men abjubkan.. saya memperolehi rm 5.00 jualan... berbanding yang lepas hanya rm 0.50 sahaja.. naik 100 peratus.. wah..

syukur pada allah kerana membukakan pintu2 hati murid2 supaya membeli aiskrim..

Rabu, 25 Jun 2008

kesudahan cabaran ketiga..

alhamdullilah.. cabaran ini kali ini saya lakukan dengan hati yang cukup gembira.. megapa gembira.. kerana tiada masalah yang berlaku seperti hari pertama saya berniaga.... scoop aiskrim baru yang tiada masalah.. loceng pun ok.. semuanya berjalan dengan lancar... cabaran yang pertama telah saya atasi.. dan hasil nya.. hasilnya.. alhamdullilah.. saya memperolehi rm .050 kira okey tetapi belum kuat untuk mencabar matlamat rm 5 yang perlu saya capai.

muhasabah diri
1)tong ais krim kena letak stiker supaya orang mudah kenal
2)loceng ais krim kena goncang sentiasa supaya orang mudah dengar.
3)parking bersebelahan dengan pakcik jual air
4)letak ais krimnya banyak sikit dalam satu koon..

Selasa, 24 Jun 2008

cabaran ketiga

jika sebelum ini saya hanya bertahan selama 20 min sahaja dan laku rm 1 sahaja .. esok.. saya akan bertahan lebih daripada itu... 30 min minima.. dan rm 5 minima

itulah cabaran untuk diri saya pada esok hari.. yeahhhhhhhh.. ya allah buangkan lah sipat menggigil semasa berhadapan dengan orang..

persediaan..
1) keyakinan diri
2)doa
3)perkakasan ais krim..

kesudahan cabaran kedua..

al-hamdullilah.. setelah menghabiskan masa selama tiga jam.. akhirnya saya berjaya meyiapkan 8 liter aiskrim straberi ... daripada pukul 6 ptg sehingga 9.20 malam ..dan sekarang masih menunggu 8 jam untuk di bekukan....

kerja nya bermula daripada saya menunggu kehadiran lori ais..sehingga lah saya membasuh peralatan yang telah di gunakan... insyallah.. pada pembuatan seterusnya saya akan menggunakan resepi yang baru..iaitu penambahan havvy krim seperti yang telah dicadangkan oleh pakcik saya...

sekarang masanya untuk cabaran ketiga..

Isnin, 23 Jun 2008

cabaran kedua.

cabaran kedua untuk diri saya adalah membuat ais krim sedap.......
bagaimana untuk membuat ais krim sedap...

1) mesti ada peti ais.
2) mesti ada ais..
3) mesti ada tepung ais krim.

saya akan buat sendiri ais krim sedap tersebut.. wah.. ini macam betul2 mencabar.. tetapi.. untuk menjadi jutawan... saya mesti melepasi setiap cabaran yang diterima.. dan saya mesti menang dalam menghadapi kemelut masalah yang akan di terima... yeah..... insyallah.. esok saya akan buat ais krim straberi..... dan hari rabu saya akan menjualnya kepada anda semua.. adiosss.......

kesudahan pertama..

al hamdullilah... saya hanya dapat bertahan hanya 20 min sahaja... huh.. 20 min... mengapa yeaks...

saya menjangkakan sehingga malam saya akan berniaga... tetapi disebabkan kerana skop aiskrim yang saya miliki patah... tak boleh buat apa la... arghhh.. baru laku rm satu ringgit.. Sahabat perniagaan saya iaitu en hamzah menalipon saya bertanyakan mengapa saya tidak berniaga.. saya menjawab.. masih gugup lagi la....

kadang2 ..pelik juga saya memikirkan mengenai saya masih menggigil.... tak tau la apasal boleh menggigil semasa memegang skop.... dan bagaimana untuk saya hilangkan menggigil..

tetapi.. tidak ape la... mungkin saya perlu teruskan dengan waktu yang lebih lama lagi.... sehingga saya berjaya.. aminnnnnnnn

sekurang2nya saya sudah melepasi cabaran pertama iaitu saya berjaya ke sek tinggi kluang dengan menggunakan motor bertong ais krim untuk berniaga disana .... untuk cabaran akan datang.... saya akan bertahan lebih lama lagi...

sekarang tibalah masanya untuk cabaran yang kedua...

Ahad, 22 Jun 2008

asalamualaikum. cabaran pertama.

hai asalamualaikum.. ape khabar....
tujuan blog ini diadakan adalah bertujuan untuk mencabar diri sendiri untuk menjadi jutawan........ ;-)

pada hari ini..saya mencabar diri saya .. cabaran pertama yang saya cipta adalah berniaga.... kerana.. jika mahu menjadi jutawan maka kita kena berniaga... nabi muhammad pun pernah bersabda..9/10 daripa punca rezeki adalah berniaga... itulah cara2 untuk menjadi jutawan sejati... so.. esok hari isnin maka saya akan berniaga....

persediaan..
saya akan berniaga aiskrim.. barang2 yang di perlukan
1) tong Aiskrim
2)motorsikal
3)aiskrim
4)loceng ais krim
5)sudu aiskrim

semuanya sudah disiapkan oleh isteri tercinta..
so.. kita tunggu sehingga esok.. saya yakin boleh..heheheh