Selasa, 22 Julai 2008

sumber motivasi..

alhamdullilah.. dengan kebesaran allah..pada hari ini saya dapat mengumpulkan rm 9.00 hinggit di sek agama bandar kluang..... alhamdullilah sangat.. balik terus buat sujud syukur.. :-) itulah yang dinamakan rezeki daripada allah swt... target rm 50 hingit akan dikejar sebelum minggu ini...

kekadang saya terasa sedih gaks.. rm 9 hinggit jeks.. tapi bila mengenangkan usaha nabi muhammad mengembangkan dakwahnya lagi la dahsyat..selama 3 tahun dia melakukannya dengan bersembunyi dan selepas itu barulah dia buat terang terangan....... dan itulah sumber motivasi saya.... bagaimana untuk meningkatkan lagi keupayaan dan potensi diri hari demi hari.....

sebenarnya menjual ais krim ini menyeronokkan... sangat menyeronokkan.. selain daripada mendidik diri menjadi usahawan tegar dan berjaya kita juga dapat berkenalan dengan orang..... dan akhirnya ramailah kenalan yang dijumpai....

wosh..... jumpa lagi. di medan usahawan...

Isnin, 21 Julai 2008

cabaran minggu ini

pada kali ini saya mencabar untuk mendapat rm 50 dalam minggu ini...

alhamdullilah... allah sentiasa membantu orang2 yang berusaha dan berdoa kepada nya...

saya juga mencabar diri saya supaya membuat ais krim setiap hari bermula esok selasa sehingga jumaat dan menjualnya setiap hari.. x kira la ujan ataupun panas....... di sek agama bandar kluang setiap petang.... 6.30

Jumaat, 11 Julai 2008

perubahan

asalamualaikum... berjumpa kembali...salam usahawan kepada semua.. perjalanan masih jauh..tetapi tidak perlu ditangguh.. teruskan perjalanan wahai sahabatku.... memang benar.. untuk berjaya kita perlukan pengorbanan.... tetapi tidak kah seronok bila berjaya.....

salam kejayaan....

jutawan ais krim 2013

Selasa, 8 Julai 2008

kesudahan cabaran ke empat

alhamdullilah... perniagaan di pasar amat menguntungkan,..cuma kelemahan berlaku di tong saya.. saya mempunyai tong yang tidak dapat menampung kesejukan yang di perlukan..oleh yang demikian saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku........